Cemburu Seorang Perempuan PDF ☆ Cemburu Seorang

Cemburu Seorang Perempuan ❮PDF / Epub❯ ✅ Cemburu Seorang Perempuan Author Siti Hazneza Abdul Hamid – Natus-physiotherapy.co.uk Tidak sulit beristeri dua Dhiya' kiranya yang kedua itu ialah dirimu Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu Isteri di wajahmu ada syurga yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku Tidak sulit beristeri dua Dhiya' kiranya yang kedua itu ialah dirimu Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu Isteri di wajahmu ada syurga yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu namun yang sesekali itu aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan hingga ruang ruang intim antara kita aku lemas sebelum waktunya Andai syurga buatmu lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana selayaknya aku di Cemburu Seorang ePUB í mana Dan adakah syurga buat suami sepertiku suami yang sering kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga Isteri melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal.


10 thoughts on “Cemburu Seorang Perempuan

  1. Rinn Ramli Rinn Ramli says:

    Terbitan Creative Enterprise Sdn BhdCemburu Seorang Perempuan Penulis Siti Hazneza Abdul HamidRM1890350 muka suratAkukah yang tidak adil di dalam menimbang kasih?WOW WEEEEEEE ok macam mana nak mula ya Memang tak buleh jangka langsung how this story will end up Cemburu seorang Perempuan sebenarnya menceritakan bagaimana 2 wanita menangani rasa cemburu dengan cara masing2 Seorang menyemai rasa dendam dan seorang lagi mengukuhkan keimananMengisahkan Zikrillah berkahwin dgn orang yg dicintainya Emilya Mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emi tak boleh mengandung lagi Dia mahu mengikat kasih Zik dengan cahaya mata lalu mencadangkan Zik mengahwini his own best friend Dhiya' kerana Emi tahu Zik dan Dhiya' kawan sampai bila2 dan tak akan wujud 'cinta' antara mereka Emi mahu menggunakan Dhiya' sebagai medium utk melahirkan anak dia dan Zik Ibu tumpang Dhiya' rela kerana dia memang kasihkan Zik dan menghormati persahabatan Zik Dia berkahwin dgn Zik supaya boleh melahirkan anak2 untuk Emi dan Zik Emi dan Dhiya' tak dapat melarikan diri dari rasa cemburu sedangkan Siti Aishah cemburukan Siti Khadijah inikan pula Emi dan Dhiya' Emi nekad Dhiya' takkan memiliki Zik walaupun Zik tak pernah menyentuh Dhiya' dan setia pada Emi Zik dan Dhiya' memang sahabat terbaik tetapi selepas 3 kali sabar melahirkan anak2 hebat utk Zik dan Emi Zik mengaku sayangkan Dhiya' tapi cintakan Emi Emisentiasa menggelorakan perasaannya dan Dhiya' sentiasa memberi ketenangan kepadanya tempat dia mengadu segala galanya Dengan Dhiya' dia boleh bersembang apa saja dengan Emi hanya cinta yg membaraZik tidak mampu 'bersama' dgn Dhiya' kerana terbayangkan Emi dan Dhiya tak mahu bersama dgn Zik yg mahu menggaulinya kerana rasa simpati bukan kerana kasih dan cinta Emi menyibukkan Dhiya' dengan meminta Dhiya' mengandung lagi atas hasutan ibu bapanya yg tak sudah2 menyemai rasa ragu2 Emi atas hubungan Dhiya' Zik Emi mula mengongkong dan mengugut siap guna minyak tanah dan pisau Jika Zik berlama lama di rumah Dhiya' Emi akan memukul anak2nya mencemuh Dhiya' Dhiya' sabar dan sanggup berjauhan dgn org yg dicintainya malah mencadangkan Nik pura2 meluahkan marah kpd dirinya di hadapan Emi supaya Emi lebih senang hati Dhiya' melahirkan anak keempat tanpa Zik Dhiya' pastikan Dhiya dan Zik tidak bertemu Namun rindu membawa Zik kepada Dhiya' hingga sanggup berbohong pada Emi Emi mengekori dan dendamnya mekar kembaliMasa ketiadaan Zik Emi mengajak Dhiya' keluar lalu mencederakan wanita itu ni bukan kira tarik rambut tampar2 ni dia guna besi utk meluluhkan seluruh anggota Dhiya' hingga tercerai kedua2 tangannya wajahnya ditoreh dan dibakar agar Dhiya' tidak mati tetapi menderita Emi ditakluk syaitan Dia dah gila Balik ke rumah dia tak nampak anak2nya yg empat orang tu anak2nya semuanya mewarisi keindahan Dhiya' dipenuhi ilmu dan amal dididik dengan al uran dibaja dengan rasa hormat kepada ibu mama dan ayah mereka nyawa anak2 itu digugat ibu sendiri dua pergi utk selama lamanya dua lagi mengalami traumaEmi mencederakan diri hingga mati Zik teruji Dhiya' yang diterima sekarang sudah tidak sempurna berkerusi roda tangan2nya kudung wajahnya berselubung tapi hati Zik tetap terpaut Dhiya' dicintai dan dikurniai lagi 3 cahaya mata yg suci Dhiya' sentiasa teguh tak kira bagaimana dugaan menimpa Akhirnya sahabatnya menyintai dirinya seikhlas ikhlasnyakalau buku ni saya baca suatu masa dahulu maybe saya tak dapat menerima cerita ni tapi zaman la ni macam2 berlaku memang ada ibu bapa membunuh mendera anak mereka sendiri semata mata kerana cemburu terlalu banyak yg Zik korbankan utk Emi tetapi cemburu Emi yang memusnahkan segala galanya Dhiya' tak pernah menuntut haknya sebagai isteri dia cuma mahu berbakti kepada sahabat karibnya Siti Hazneza sangat kejam dlm citer ni hehe aduih ntah berapa kali airmata tumpah bila baca buku nih walaupun happy endingsure fine whateverrinnterbitan Creative Enterprise Sdn BhdSinopsis belakang bukuTidak sulit beristeri dua Dhiya' kiranya yang kedua itu ialah dirimu Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu Isteri di wajahmu ada syurga yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu namun yang sesekali itu aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan hingga ruang ruang intim antara kita aku lemassebelum waktunya Andainya syurga buatmu lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku suami yang sering gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga Isteri melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal


  2. Cik Pah Cik Pah says:

    Konon nak baca pelan pelan Sekali pegang tak boleh lepas Best byk pengajaran dan pengisianNnt lah review


  3. Yazlina Saduri Yazlina Saduri says:

    Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hasneza Abdul Hamid Lain dari yang lain sungguh tempo dan lenggok bahasa buku ni Watak utama bagi saya ialah Dhiya mempunyai peribadi seindah senyuman gembira di wajah ibu tersayang MenenangkanBuku ni pun susah nak dapat Alhamdulillah terjumpa Baru selesai baca 5 buku back to back dari siri Fallen Lauren Kate yang bersandarkan fantasi fallen angels dan sarat dengan unsur ketamakan insan insan yang hanya nampak peri pentingnya keperluan peribadi mereka didahulukanCemburu Seorang Perempuan ini sebenarnya lebih kepada kisah sedih pada pendapat saya Emilia terlalu thaksub untuk membahagiakan Zikrillah sebagai isteri hingga dikejami Dhiya Perempuan berhati emas itu asalnya kawan Zikrillah yang paling karib terpaksa mengahwini Zik untuk lahirkan zuriat demi Emilia Benci juga dengan ibu bapa Emilia yang bagai menvurah minyak dalam api menggalakkan anaknya terus terusan mendera Dhiya Pengakhiran baik tapi ada tragedi yang amat tragikKesabaran Dhiya bagaikan air dingin dialirkan ke wajah yang sedang berkerut seribu


  4. Wan Farahana Wan Farahana says:

    saya geramGeram dengan sikap cemburu melampau EmiGeram dengan sikap tak reti nak tegas Zikrillahkahwin dua tautegas tak tauhishhGeram dengan sikap lemah lembut dhiya' dan sikap terlalu mengikut dhiya' yang melampau lampau tutapi saya tak dapat letak buku ni selagi saya tak habis bacaterlalu menarik hati untuk tau apa akan jadi seterusnyadan benar ia tidak mengecewakanwalaupun kadang kala dalam fikiran saya menidakkan kewujudan dhiya' di dunia yang nyata Tapi saya tetap menyanjungi beliauSetelah 11 tahun dari tahun cetakan pertamaBaru saya jumpa karya hebat ini


  5. vnouraa vnouraa says:

    Preloved novel untuk dijual siapa berminat nak beli Cemburu Seorang Perempuan boleh PM saya ye Harga include postage RM17 sm RM20 ss Harga asal RM1890Saya beli dengan harga RM35 daripada private seller tapi terkilan juga la Sebab nak baca sangat jadi saya beli juga dengan harga tu kondisi buku memang terbaik Buku ni memang antara favourite tapi memang tak boleh lawan lagi novel Angin Dingin Dari Utara Siapa berminat nak baca beli boleh PM saya


  6. Zana Ab Rahim Zana Ab Rahim says:

    Ulang baca pada tahun 2019 Pertama kali dibaca ketika aku berumur awal 20an kali ini umur aku pertengahan 30an Ternyata perspektif dan penerimaan aku sangat berbezaBuku ini mengisahkan persahabatan antara Dhiya' Zikrillah yang dicemburui isteri Zikrillah Emilia Emi Dhiya' bernikah dengan Zikrillah sebagai isteri kedua atas permintaan Emi untuk dijadikan sebagai ibu tumpang setelah Emi kehilangan upaya untuk memgandung Di sini bermulanya episod cemburu yang semakin menjadi jadi hingga kemuncaknya mengorbankan nyawa insan insan yang tidak berdosaPertama kali membaca aku sangat suka keseluruhan cerita 5 bintang Tetapi seiring usia bacaan kali ini buatkan aku sedar ada beberapa hal yang aku kurang gemar dalam Cemburu Seorang Perempuan1 Dhiya' yang digambarkan sebagai isteri bagai bidadari sampai tahap tangan suami dibasuhnya selepas makan 🙄2 Rumahtangga Zikrillah dengan kedua dua isterinya digambarkan seperti hidup dengan bidadari Keperluannya dilayan selayak suami Tetapi layan suami kepada isteri yang diketengahkan adalah dalam bentuk nafkah batin3 Berbanding nafkah lain Zikrillah sering digambarkan tertekan untuk melunaskan hak nafkah batin kepada Dhiya' Hanya itu misi utamanya sepanjang jalan cerita 😅Walaubagaimanapun buku ini masih antara yang menjadi kegemaran saya Ia membawa isu cemburu dengan baik dan mengingatkan aku bagaimana manusia mampu bertindak diluar batasan akal sekiranya perasaan cemburu gagal dikawal dari awalKesudahan Emilia dan anak anaknya sangat tragik Semoga kita semua terhindar dari prasangka dan api cemburu


  7. Zully Azizan Zully Azizan says:

    Tak menyesal lansung aku beli buku neh dengan harga yang mahalKisah cemburu seorang perempuan yang mampu menghilangkan kewarasannya Mampu menghancurkan diri dan keluargannya Hati aku terlalu marah dengan sikap emi yang terlalu cemburu sikap dhiya yang terlalu berlembut dan baik hati sikap zik yang tak tahu perasaan sendiri yang tak tahu nak buat keputusan Nampak x betapa i marah Emosi aku betul betul terganggu dengan buku neh Marah stress sedih semua ada Baiknya kau dhiya tabahnya kuatnya cekalnya aku tak rasa ada perempuan mcm kau Penghujung cerita yang kejam Sesak napas aku Sebaik endingnya mampu buat aku senyum lebar


  8. Hikaoru Hikaoru says:

    I read this ages ago The reason why I'm reviewing it now because my friend is on a Malay novel binge and she asked for some recommendations on tortured characters This book definitely top the cakes with the level of torture Plus perhaps such stupid self sacrificing heroine Since it's an old book it's hard to find thank God PJ library has it in its collection Now my friend can suffer alongside moi


  9. Tiy Adib Tiy Adib says:

    Pertama kali membaca karya dan jalan cerita begini Jika novel lain kita disajikan dengan kisah hidup bermadu tapi yang ini agak berbeza Tidak mampu hendak memaki Emi dan tidak mahu sentiasa membela Dhiya Masing masing naluri dan kehendak yang berbeza Tak rugi baca Jalan penceritaan dan garapan yang menarik


  10. Sha Mohamed Sha Mohamed says:

    Adoi Memang makan hati betul baca cerita ini Geram dengan perangai cemburu Emilia yang keterlaluan dan juga mak bapa dia yang suka mengapi apikan Zik pun tak berusaha mengubati penyakit Emilia bila peragai Emilia dah mula pelik pelik Cemburu bila keterllauan memang boleh memakan diri Sangat bahaya


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *