Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan PDF ì

Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan [PDF] ❤ Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan By Riduan Mohamad Nor – Natus-physiotherapy.co.uk Buku ini juga akan menjernihkan tanggapan generasi Y terhadap gerakan Islam yang telah tahun mempersada perjuangan Islam di Negara ini, menerjang amukan badai yang berlapis lapis di sepanjang keberad Buku ini juga 60 Tahun PDF ↠ akan menjernihkan tanggapan generasi Y terhadap gerakan Islam yang telahtahun mempersada perjuangan Islam di Negara ini, menerjang amukan badai yang berlapis lapis di sepanjang keberadaannya di pentas dakwah dan siasah PAS mempunyai sejarahnya yang tersendiri, tersembul keluar dari rahim ibunya saat perlawanan menentang penjajah, Hizbul Muslimin sebagai gerakan Islam temporary yang pertama di Tanah Melayu telah diharamkan Menerjang Badai: PDF/EPUB ² oleh British pada tahunyang menyaksikanorang aktivisnya digiring ke penjara British Buku ini juga diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan yang sihat, menyegarkan budaya intelektual, berdebat dengan sumur akal yang jerninh yang jauh dari sentiment melulu dan emosi yang meledak Saya percayai alaf baru ini adalah milenium baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam tempayan emas , langit terbuka telah memuntahkan Badai: 60 Tahun ePUB ↠ jutaan maklumat di hujung jari Generasi Y yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk di suap dengan maklumat yang bersifat sehala Kelompok ini mesti dimenangi oleh gerakan Islam dengan maklumat yang telus tetapi beradab, mereka tidak boleh dibiarkan meraba raba dan membuat telahan tentang cermin perjalanan gerakan Islam.


10 thoughts on “Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan

  1. Nazmi Yaakub Nazmi Yaakub says:

    MENERJANG Badai 60 Tahun Mempersada Perjuangan karya Riduan Mohamad Nor boleh dipecahkan kepada dua jalur Pertama, rakaman ringkas sejarah perkembangan PAS dengan memberikan tumpuan kepada aspek kegemilangannya, manakala jalur kedua pula memecahkan beberapa pandangan daripada buku Menuju PAS Baru Krisis, Peluang dan Dinamisme karya Mujahid Yusuf yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.Sebagai rakaman sejarah ia boleh dianggap berautoritatif meskipun ada beberapa bahagian, pengarang bertin MENERJANG Badai 60 Tahun Mempersada Perjuangan karya Riduan Mohamad Nor boleh dipecahkan kepada dua jalur Pertama, rakaman ringkas sejarah perkembangan PAS dengan memberikan tumpuan kepada aspek kegemilangannya, manakala jalur kedua pula memecahkan beberapa pandangan daripada buku Menuju PAS Baru Krisis, Peluang dan Dinamisme karya Mujahid Yusuf yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.Sebagai rakaman sejarah ia boleh dianggap berautoritatif meskipun ada beberapa bahagian, pengarang bertindak sebagai propagandis, yang pasti tidak dapat dielakkan atas status aktivis parti Kerana itu, saya menemukan beberapa kenyataan yang menafikan rakaman sejarah oleh Mujahid hanya berlandaskan ahli atau parti tidak mungkin bersifat seperti yang dinyatakan pengarang terbabit Namun, sebahagiannya lagi didokong dengan dokumentasi sejarah dalam pelbagai sumber yang menjadikannya lebih kukuh sandaran berbanding buku Mujahid.Bagaimanapun, untuk bahagian penulisannya yang kedua, saya tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa kerana pengarang memilih untuk menjawab buku Mujahid dengan memilih pendekatan komentar terhadap beberapa pandangan yang terpecah Alangkah baiknya sekiranya buku ini menjawab pandangan utama Mujahid terhadap realiti dan masa depan kepimpinan ulama dalam PAS.Buku ini wajar memberikan tumpuan kepada kepentingan kepimpinan ulama yang disandarkan kepada sejarah dan bukti semasa, selain menghubungkannya dengan aspek masa depan dan cabaran politik Mendahulukan rakaman sejarah sebenarnya boleh dianggap cubaan untuk membentuk persepsi pembaca supaya menerima konsep kepimpinan ulama terlebih dulu, sebelum menjawab pecahan persoalan daripada Mujahid


  2. Atiq Mustafa Atiq Mustafa says:

    Begitu banyak fakta sejarah yang melibatkan parti politik ,persatuan dan juga tokoh Satu penulisan yang kritis menjawab buku Menuju Pas Baru oleh Mujahid Yusuf.


  3. Nik Mohamed Kamarudin Nik Mohamed Kamarudin says:

    Dengan terjahan langit terbuka telah memunculkan media baru seperti blog,portal berita serta dikembangkan budaya facebook dan twitter, pelbagai maklumat dan cerita sensasi telah menjadi hidangan rakyat.Lambakan wasilah penyebaran berita ini sedikit sebanyak membuka peluang kepada regim pemerintah untuk mengambil peluang menjatuhkan reputasi Pas sebagai Harakah Islamiyah di Malaysia.Buku Menerjang Badai 60 Tahun Mempersada Perjuangan bingkisan lembaran sejarah Pas dalam arena tarbiah,dakwah dan Dengan terjahan langit terbuka telah memunculkan media baru seperti blog,portal berita serta dikembangkan budaya facebook dan twitter, pelbagai maklumat dan cerita sensasi telah menjadi hidangan rakyat.Lambakan wasilah penyebaran berita ini sedikit sebanyak membuka peluang kepada regim pemerintah untuk mengambil peluang menjatuhkan reputasi Pas sebagai Harakah Islamiyah di Malaysia.Buku Menerjang Badai 60 Tahun Mempersada Perjuangan bingkisan lembaran sejarah Pas dalam arena tarbiah,dakwah dan politik tanah air.Sejarah jatuh bangkit Pas dalam memartabatkan Islam di Malaysia tidak hanya bertitik tolak kebangkitan rakyat utk membebaskan tanah air dari belenggu penjajah,tapi dia kesinanbungan perjuangan Hizbul Muslimin bersama angkatan parti haluan kiri yang sama sama ingin memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan di tanah air.Selain itu,penulis cuba menghidangkan sejarah hitam yang dari segi pemenjaraan,penistaan dan penahanan terhadap aktivis parti.Sejarah bermula dari Tangkapan Pemuda 1984,Peristiwa Memali 1985, dan peristiwa lain yang tak perlu saya tulis disini.Peristiwa seperti ini sedikit sebanyak menjadi pemangkin kepada amilin gerakan Islam dalam melawan cubaan dan sabotaj dari pihak lawan.Cubaan dan ujian ini tidak lain tidak bukan akan mematangkan Pas sebagai parti tertua selepas UMNO.Akhir sekali buku ini menjawab tomahan dan kritikan yang dilontarkan oleh Dr Mujahid Yusof Rawa dalam buku Menuju Pas Baru.Jawapan yang dihuraikan oleh penulis yang penuh ilmiah,ringkas dan padat menarik minat pembaca memahami sesuatu isu dalam ruang yang lebih besar bukan sekadar picisan maklumat yang tersebar di dada akhbar dan buah mulut orang.Kesimpulanya,buku ini amat bermanfaat kepada semua aktivis Pas dalam memahami lipatan sejarah Pas secara ringkas.Yang mana sejarah ini diberi nafas baru untuk aktivis Pas menjadikannya sebagai panduan dalam bekerja di organisasi parti.Semoga buku ini bermanfaat dalam memjernihkan pendidikan sejarah Pas


  4. Ammar Ibnu ziyadi Ammar Ibnu ziyadi says:

    Buku ini boleh kata sudah lama berada di pasaran, tapi aku baru tekad membacanya dalam situasi yang berlaku dalam PAS sekarang.Buku ini terbahagi kepada dua bahagian utama Bahagian pertama menceritakan sejarah parti Islam ini semenjak penubuhannya, lahir dari gerakan sebelum merdeka iaitu Hizbul Muslimin Peristiwa peristiwa penting dititikberatkan penulis, terutamanya dari segi perubahan corak kepimpinan PAS bermula dari Yang DiPertua pertama iaitu Tuan Hj Ahmad Fuad sehingga presiden terkini, Buku ini boleh kata sudah lama berada di pasaran, tapi aku baru tekad membacanya dalam situasi yang berlaku dalam PAS sekarang.Buku ini terbahagi kepada dua bahagian utama Bahagian pertama menceritakan sejarah parti Islam ini semenjak penubuhannya, lahir dari gerakan sebelum merdeka iaitu Hizbul Muslimin Peristiwa peristiwa penting dititikberatkan penulis, terutamanya dari segi perubahan corak kepimpinan PAS bermula dari Yang DiPertua pertama iaitu Tuan Hj Ahmad Fuad sehingga presiden terkini, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Adalah penting bagi seorang penyokong atau pendokong parti untuk mengenali sejarah gerakan ini bagi pedoman masa akan datang Boleh dikatakan agak banyak fakta yang baru bagi aku, namun aku tertanya tanya mengapa sesetengah unit atau institusi seperti ILHAM seolah olah tidak menyerlah pada masa kini Sebolehnya fakta sejarah bukan sekadar tinggal manuskrip untuk dibaca sahaja, tetapi yang baik baik itu perlulah diteruskan Pengkajian terhadap pemikiran tokoh tokoh PAS seperti almarhum Dr Zulkifli Muhammad, almarhum Dr Burhanuddin al Helmy,almarhum Ustaz Fadzil Noor dan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz perlu dijalankan kerana mereka bukan sahaja punya jasa kepada parti tetapi juga kepada negara.Bahagian kedua iaitu Menjawab buku Menuju PAS Baru lebih kepada membetulkan fakta fakta sejarah yang terdapat dalam buku tersebut Aku sendiri belum sempat meneliti buku tulisan Dr Mujahid itu pernah jaa jumpa tapi belum sampai seru untuk baca ketika itu P dan tidak arif tentang idea yang dibawa, jadi belum layak untuk mengulas.Cuma, bila membaca bahagian kedua dalam situasi kini, aku rasa jawapan buku ini masih boleh diperdebatkan Mungkin hanya perasaan aku atau hurmApapun, karya yang baik daripada Ustaz Riduan Mohd Nor, semoga budaya menulis dengan hujah ini makin subur dalam kalangan kita


  5. Aradweb Aradweb Adil Aradweb Aradweb Adil says:

    Erm Sebagai lawan kepada Ini barulah Buku Bertemu Ruas dan harap harap jangan jadi Ruas Tak Reti Malu Maknanya ini adalah jawapan atau sangkalan kepada segala persepsi baik atau pun buruk yang cuba diketengahkan oleh Dr Mujahid.Secara umumnya Ustaz Ridhuan berjaya sekurang kurangnya memberi feedback kepada persoalan atau tanggapan pihak luar terhadap permasalahatan yang diketengahkan walaupun tidak seberapa FIRM.Namun ini adalah satu permulaan yang baik di dalam Parti PAS itu sendiri, baga Erm Sebagai lawan kepada Ini barulah Buku Bertemu Ruas dan harap harap jangan jadi Ruas Tak Reti Malu Maknanya ini adalah jawapan atau sangkalan kepada segala persepsi baik atau pun buruk yang cuba diketengahkan oleh Dr Mujahid.Secara umumnya Ustaz Ridhuan berjaya sekurang kurangnya memberi feedback kepada persoalan atau tanggapan pihak luar terhadap permasalahatan yang diketengahkan walaupun tidak seberapa FIRM.Namun ini adalah satu permulaan yang baik di dalam Parti PAS itu sendiri, bagaimana sesuatu tanggapan persepsi itu diketengahkan secara ilmiah juga diperjelaskan secara ilmiah


  6. Syafiq KZaman Syafiq KZaman says:

    Ini buku pertama yang saya baca dengan komited dan atas kemahuan sendiri dan ketika itu sudah berumur 19 tahun, umur yang lewat untuk mula membaca Buku yang sarat dengan fakta dan angka membuatkan saya membaca banyak muka surat yang sama bahkan bab yang sama 2 3 kali untuk memahami apa yang hendak disampaikan penulis Menghabiskan membaca buku pertama sangat nikmat, dan momentum membaca diteruskan sehingga kini Buku yang sangat menarik, walaupun saya sedar buku ini tidaklah menjawab buku Menuju Ini buku pertama yang saya baca dengan komited dan atas kemahuan sendiri dan ketika itu sudah berumur 19 tahun, umur yang lewat untuk mula membaca Buku yang sarat dengan fakta dan angka membuatkan saya membaca banyak muka surat yang sama bahkan bab yang sama 2 3 kali untuk memahami apa yang hendak disampaikan penulis Menghabiskan membaca buku pertama sangat nikmat, dan momentum membaca diteruskan sehingga kini Buku yang sangat menarik, walaupun saya sedar buku ini tidaklah menjawab buku Menuju Pas Baru dengan baik Tetapi bacaan yang baik untuk mereka yang mahu mengenal sejarah perjuangan PAS


  7. Hariz Said Hariz Said says:

    Bukan setakat menjawab buku Menuju PAS Baru..Malah, menerangkan sejarah gerakan Islam di Malaysia Setiap orang yang ingin mengetahui sejarah PAS dan gerakan Islam besar melalui naratif mereka yang terlibat secara langsung, haruslah membaca buku ini Pada hari ini, jurang antara jemaah Islam sangat besar dan mengenali susur alur membenarkan kita memahami isu sebaliknya dan mencari jalan tengah Buku ini 100% pandangan seorang ahli PAS yang berpengalaman dan berdasarkan dokumentasi dalam parti te Bukan setakat menjawab buku Menuju PAS Baru..Malah, menerangkan sejarah gerakan Islam di Malaysia Setiap orang yang ingin mengetahui sejarah PAS dan gerakan Islam besar melalui naratif mereka yang terlibat secara langsung, haruslah membaca buku ini Pada hari ini, jurang antara jemaah Islam sangat besar dan mengenali susur alur membenarkan kita memahami isu sebaliknya dan mencari jalan tengah Buku ini 100% pandangan seorang ahli PAS yang berpengalaman dan berdasarkan dokumentasi dalam parti tersebut


  8. Jiwa Rasa Jiwa Rasa says:

    Buku yang ditulis penuh dengan maklumat dari sumber sumber dalaman Buku ini dikatakan menjawab buku tulisan Mujahid Yusuf Rawa Ia bukan sekadar menjawab tetapi sebenarnya memberi nilai tambah dan menyempurnakan tulisan Mujahid Mujahid menulis dari sudut aktivis yang menyertai PAS di eraterkemudian Penulis buku ini pula, Riduan adalah aktivis PAS yang telah ditarbiah dan dilatih sebagai kader PAS dari zaman pengajian lagi Pandangan berbeza tetapi saling melengkapi inilah yang menambahkan ren Buku yang ditulis penuh dengan maklumat dari sumber sumber dalaman Buku ini dikatakan menjawab buku tulisan Mujahid Yusuf Rawa Ia bukan sekadar menjawab tetapi sebenarnya memberi nilai tambah dan menyempurnakan tulisan Mujahid Mujahid menulis dari sudut aktivis yang menyertai PAS di eraterkemudian Penulis buku ini pula, Riduan adalah aktivis PAS yang telah ditarbiah dan dilatih sebagai kader PAS dari zaman pengajian lagi Pandangan berbeza tetapi saling melengkapi inilah yang menambahkan rencah dan warna dalam gerakan Islam


  9. Ismail Isman Ismail Isman says:

    Buku yang sangat terperinci menceritakan segala mehnah dan tribulasi yang dilalui jemaah Islam bersimbolkan bulan ini Sarat dengan liku liku dari satu kepimpinan kepada kepimpinan Ulama Allahu Akbar


  10. Nurul Amirah Nurul Amirah says:

    to those yang mahu or perlu kenal PAS,boleh la amek masa baca dan hadam betol betol.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *