Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa ePUB


Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa [Reading] ➶ Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa ➽ Raja Ahmad Aminullah – Natus-physiotherapy.co.uk Minda Tertawan mengemukakan pandangan pandangan kritikal Raja Ahmad tentang keadaan intelektual dan juga akademik di negara ini, yang disifatkannya tertawan oleh penguasaan politik Apa yang menjadikan Intelektual, Rausyanfikir ePUB ´ Minda Tertawan mengemukakan pandangan pandangan kritikal Raja Ahmad tentang keadaan intelektual dan juga akademik di negara ini, yang disifatkannya tertawan oleh penguasaan politik Apa yang menjadikan pandangan ini menarik untuk dinilai ialah Minda Tertawan: Epub / ia datang daripada seorang yang hingga hampirtahun lalu, satu tempoh panjang dalam hidupnya, terlibat dalam politik secara langsung, di kedua dua belah garisan yang memisahkan dua kumpulan politik terbesar di negara kita Satu Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir PDF/EPUB ¾ pandangan yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana politik kepartian menguasai segenap ruang aktiviti manusia di negara ini, sehingga hampir tidak ada lagi yang bebas daripada takrif dan penguasaan politik kepartian Haris Zalkapli, Penulis, Editor Akhbar SiasahKarya yang merupakan hasil renungan dan pemerhatian teliti seorang penyair, penulis, aktivis masyarakat dan insan budiman sejati, Raja Ahmad Aminullah, Minda Tertawan mendedahkan kemunafikan, sifat tidak mahu dipertanggungjawabkan dan ketamakan golongan berkuasa dan mereka yang masih bergelut untuk mendapatkan kuasa dengan cara yang lemah lembut dan penuh kiasan Beliau menekankan satu satunya jalan keluar daripada lubuk pemikiran yang membelenggu negara ini adalah dengan kembali kepada warisan intelektual dan budaya mengupas dengan mendalam sebagai cara mengembalikan integriti, kebertanggungjawaban dan akal budi yang telah lama hilang Tan Sei Hon, Penulis dan Kurator.

    Download Book Best Sellers in PDF format belah garisan yang memisahkan dua kumpulan politik terbesar di negara kita Satu Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir PDF/EPUB ¾ pandangan yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana politik kepartian menguasai segenap ruang aktiviti manusia di negara ini, sehingga hampir tidak ada lagi yang bebas daripada takrif dan penguasaan politik kepartian Haris Zalkapli, Penulis, Editor Akhbar SiasahKarya yang merupakan hasil renungan dan pemerhatian teliti seorang penyair, penulis, aktivis masyarakat dan insan budiman sejati, Raja Ahmad Aminullah, Minda Tertawan mendedahkan kemunafikan, sifat tidak mahu dipertanggungjawabkan dan ketamakan golongan berkuasa dan mereka yang masih bergelut untuk mendapatkan kuasa dengan cara yang lemah lembut dan penuh kiasan Beliau menekankan satu satunya jalan keluar daripada lubuk pemikiran yang membelenggu negara ini adalah dengan kembali kepada warisan intelektual dan budaya mengupas dengan mendalam sebagai cara mengembalikan integriti, kebertanggungjawaban dan akal budi yang telah lama hilang Tan Sei Hon, Penulis dan Kurator."/>
  • Paperback
  • 127 pages
  • Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa
  • Raja Ahmad Aminullah
  • Malay
  • 15 October 2018

About the Author: Raja Ahmad Aminullah

Intelektual, Rausyanfikir ePUB ´ Is a well known author, some of his books are a fascination for readers like in the Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa book, this is one of the most wanted Raja Minda Tertawan: Epub / Ahmad Aminullah author readers around the world.



10 thoughts on “Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

  1. Fuad Syazwan Ramli Fuad Syazwan Ramli says:

    Buku yang menarik untuk dibaca dan diteliti Memberi pandangan yang jujur tentang apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita, khususnya dalam kalangan intelektual Seharusnya dibaca dan dihayati oleh mereka yang seronok digelar Doktor, Profesor, Intelek, dan sebagainya kerana sesungguhnya kebanyakan dari mereka sudah lupa apa guna mereka ditabal dengan gelaran sebegitu Masyarakat mundur perlu kepada golongan intelektual untuk mencerahkan mereka Malang apabila masyarakat dicandu dengan kemaj Buku yang menarik untuk dibaca dan diteliti Memberi pandangan yang jujur tentang apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita, khususnya dalam kalangan intelektual Seharusnya dibaca dan dihayati oleh mereka yang seronok digelar Doktor, Profesor, Intelek, dan sebagainya kerana sesungguhnya kebanyakan dari mereka sudah lupa apa guna mereka ditabal dengan gelaran sebegitu Masyarakat mundur perlu kepada golongan intelektual untuk mencerahkan mereka Malang apabila masyarakat dicandu dengan kemajuan fizikal namun pembangungan minda dibiar layu Para intelek harus mengakui bahawa mereka juga menyumbang kepada kelayuan minda masyarakat hari ini Para intelek lebih selesa bekerja makan gaji Jika membuat kajian, sekadar untuk memenuhi pra syarat untuk naik pangkat Alangkah malangnya bagi masyarakat untuk menghadapi zaman sebegini Malah paling malang, golongan intelek telah pula dijadikan alat untuk mengabsahkan tindakan para penguasa yang gila kuasa Seperti pernah disebut Chomsky, salah satu cara pemerintah menjayakan propaganda mereka adalah dengan memperguna para intelektual untuk mengeluarkan segala macam kajian, pendapat, untuk menyokong dasar yang mereka adakan Sungguh malang kerana golongan intelek bukan beruk yang dipegang talinya dan boleh diarah untuk memetik kelapa Sebaliknya golongan inteleklah yang menjadi penyuluh zaman, memimpin bukan saja rakyat, tapi juga golongan penguasa yang sering kali lupa apa yang perlu mereka lakukan.Bahasa yang digunakan agak ringan, tidak mustahil untuk dihabiskan dalam satu malam saja Sesuai dan perlu dibaca oleh semua anggota masyarakat yang cintakan ilmu Saya petik sajak beliau, sinsinglah lengan bukakan matamata batin kitamelihat di mana bersemayam kebenaran kebenarandi lorong lorong ilmudi buku buku berbalut rapidi rak rak perpustakaanatau hanya di medan medan kuasa atau apa kembalikanlah kerancakan dan kehebatan wacana wacana ilmunobatkanlahimarahkanlahgali dan terus jujur ungkapkankhazanah kekayaan itu Wallahua lam

  2. Najibah Bakar Najibah Bakar says:

    1 Mulanya saya fikir buku ini bukanlah untuk saya saya bukan intelektual saya anggap intelektual adalah para pemikir tulen yang membaca buku sukar2 untuk mencerahkan pemikirannya dan menghasilkan produk2 berguna hasil pemikirannya Tetapi kata RAA, semua orang yang pernah mendaki tangga pengajian tinggi dan berada di persadanya, itulah intelektual Jadi setelah itu, saya pun meneruskan bacaan sehingga habis, dengan penerimaan baru, bahawa saya sudah boleh menganggap diri seorang intelektual 1 Mulanya saya fikir buku ini bukanlah untuk saya saya bukan intelektual saya anggap intelektual adalah para pemikir tulen yang membaca buku sukar2 untuk mencerahkan pemikirannya dan menghasilkan produk2 berguna hasil pemikirannya Tetapi kata RAA, semua orang yang pernah mendaki tangga pengajian tinggi dan berada di persadanya, itulah intelektual Jadi setelah itu, saya pun meneruskan bacaan sehingga habis, dengan penerimaan baru, bahawa saya sudah boleh menganggap diri seorang intelektual juga.2 Kebanyakan peristiwa politik dan berkait politik yang disebut oleh RAA dalam buku ini, saya dapat mengingatinya Tetapi huraian lanjut RAA mengenai peristiwa2 ini dalam konteks tugas intelektual, menyebabkan saya sedar masih banyak perkara yang saya tak mengerti dalam hal hal berkait demokrasi Pernah terdengar, demokrasi hanya akan berjaya dengan penglibatan semua ahli demokrasi itu, dan demokrasi berkait rapat dengan ilmu pengetahuan, malah perpustakaan adalah satu alat mencapai demokrasi tulen, maka buku ini membuat saya lebih ingin belajar.3 Buku ini menunjukkan jalan ke arah buku2 penting lain dalam perbincangan mengenai intelektual dan tugas yang patut mereka sandang Ini perbincangan yang sudah agak lama dalam bidang sosiologi, jadi kalau mahu tahu lebih harus rajin membaca secara retrospektif.4 Bila orang lihat saya baca buku ini, mereka tanya, buku politikkah Minat politik atau tidak minat politik, secara tak langsung, kita sama ada berada dalam kancah politik, atau berada di bawahnya Setiap keputusan yang dibuat orang politik, kita pun terkena juga tempias baik buruknya Kita di bawah bumbung demokrasi, lebih baik buat tidak tahukah jika bumbung kita bocor lalu kita basah, atau ambil tahu juga untuk membantu menampung sistem yang sedang membumbungi kita sekarang.5 Saya sangat suka buku ini kerana ia mengajak saya menjadi seorang yang lebih peka dengan kebenaran dan keadilan, memahami semangat non partisan dan mencabar saya menjadi manusia yang lebih merdeka

  3. Benz Benz says:

    Sepertimana yang dinyatakan oleh penyair dan budayawan Indonesia, Emha Ainun Nadjib, waktu berkunjung ke Malaysia, bersama kumpulan persembahan puisi muzik gamelan nasyidnya, Kiai Kanjeng air yang kita minum kemudian sama ada dicampur dengan gula, kopi, pewarna, kemudiannya keluar dari badan kita dan kembali ke tanah sebagai baja, dari situ ianya berputar sebelum kembali diminum oleh kita Ini bermakna sekiranya kita berlaku atau bertindak tidak adil kepada alam dan persekitaran ianya pasti men Sepertimana yang dinyatakan oleh penyair dan budayawan Indonesia, Emha Ainun Nadjib, waktu berkunjung ke Malaysia, bersama kumpulan persembahan puisi muzik gamelan nasyidnya, Kiai Kanjeng air yang kita minum kemudian sama ada dicampur dengan gula, kopi, pewarna, kemudiannya keluar dari badan kita dan kembali ke tanah sebagai baja, dari situ ianya berputar sebelum kembali diminum oleh kita Ini bermakna sekiranya kita berlaku atau bertindak tidak adil kepada alam dan persekitaran ianya pasti meninggalkan kesan kepada kita.Ini antara perenggan yang sungguh mengesankan dalam buku Minda Tertawan Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa pada ms 94 Pak Engku nama yang biasa saya sebut bukan sahaja berbicara tentang kuasa, politik dan cerdikpandai dalam bukunya, bahkan turut disangkut dengan peranan dan kepentingan menjaga alam sekitar Ini adalah sesuatu yang mustahak untuk diperhatikan, dan selalu sahaja diabaikan lewat perbicaraan kuasa, politik dan cerdikpandai kita.Pak Engku jika kita tinjau dan belek, adalah pengagum tegar sekaligus seorang yang sinis kepada Czeslaw Milosz, penulis The Witness of Poetry, yang pernah menulis mengenai abad 20 sebagai suatu abad yang menjanjikan harapan utopia Atas nama pelbagai dunia utopia atau firdaus di muka bumi pelbagai kezaliman dilakukan serta penganiayaan diabsahkan Menurut Milosz,..dan puisi adalah saksi yang lebih sah dan dapat diharapkan daripada jurnalisme Dipetik dari buku Minda Tertawan sendiri Kerana itu Pak Engku nampaknya lebih asyik dengan menulis puisinya serta lebih kerap dengan acara acara pendeklamasian puisi berbanding kegiatan kegiatan lain Mungkin beliau sudah tidak percaya lagi dengan perubahan via jalur politik, dan mengemukakan jalan lain, Ruang Ketiga.Minda Tertawan Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa ini nampaknya benar benar cuba menjelaskan secara terperinci apa itu sebenarnya yang dikatakan dicoinkan oleh Prof Dr Syed Hussein Al Atas.Buku ini boleh dikatakan sebagai muhasabah terbaik untuk para intelektual profesional mahupun amatur untuk merenung retrospektif kembali apa yang telah mereka lakukan dalam melayukan pemikiran anak bangsanya berdekad lamanya setelah merdeka Saya berharap Pak Engku akan dapat menulis lagi sebuah buku lagi sekurang kurangnya, bukan puisi untuk memerihalkan tentang kematian intelektualisme yang berfungsi di negara ini

  4. ❀ Hana ❀ Hana says:

    Sebuah pandangan kritikan terbuka yang digarap secara berhemah daripada Raja Ahmad Aminullah ke atas bidang serta golongan intelektual dan rausyanfikir di negara ini yang umumnya menurut beliau i mabuk kuasa, kemaruk mengejar pangkat dan gelar di institusi masing masing ii penakut serta membudayakan ampuisme khususnya terhadap golongan yang berkuasa serta memegang tampuk pemerintahan iii mengabaikan salah satu tugas hakiki iaitu berperanan untuk melebarkan jalur pemikiran masyarakat iv t Sebuah pandangan kritikan terbuka yang digarap secara berhemah daripada Raja Ahmad Aminullah ke atas bidang serta golongan intelektual dan rausyanfikir di negara ini yang umumnya menurut beliau i mabuk kuasa, kemaruk mengejar pangkat dan gelar di institusi masing masing ii penakut serta membudayakan ampuisme khususnya terhadap golongan yang berkuasa serta memegang tampuk pemerintahan iii mengabaikan salah satu tugas hakiki iaitu berperanan untuk melebarkan jalur pemikiran masyarakat iv tidak mempunyai keghairahan pada kerja intelektual dan menganggapnya semata mata sebagai suatu pekerjaan mencari nafkah di antara 9 pagi hingga 5 petang v tidak membaca buku di luar daripada keahlian asas mereka.Di atas sikap sikap laih ini, terwujudlah sebuah masyarakat miskin intelektual yang meletakkan kekayaan materi dan fizikal sebagai prioritas teratas yang ada pada hari ini Seterusnya, petikan pada muka surat 108 109 ini menyimpulkan peran sebenar golongan intelektual dan rausyanfikirSelamanyalah tugas cendekiawan adalah untuk memerangi kebodohan atau kejahilan, penindasan, ketidakadilan, sikap taqlid buta, memperhambakan diri dan lain lain lagi Tetapi sikap ini hanya boleh dibajai dengan penggalian ilmu yang berterusan dan mempunyai keberanian sebagai seorang pemikir zamannya Cerita yang sering didengar bahawa sebahagian daripada mereka termasuk yang mengajar di universiti tidak membaca buku lagi di luar daripada keahlian asas mereka adalah sesuatu yang pilu bagi masyarakat negara ini Inilah barangkali yang pernah disebut oleh tokoh Arab, Abdul Qadir Audah, bagaimana masyarakat pada masa itu dipimpin oleh mereka yang kurang ketrampilan serta kaum cendekiawan yang jahil sifatnya Sekali imbas ia mungkin merupakan satu kontradiksi ataupun suatu paradoks tetapi demikianlah nyatanyaSebagai seorang yang secara retorik kini sedang memakan nangka meskipun cuma seulas dua , sedikit sebanyak getahnya ada terpalit pada saya Secara peribadi, saya mengambil peringatan daripada buku ini dan perlu mengulang baca dari masa ke semasa.Buku ini seharusnya menjadi bacaan wajib untuk semua yang sedang bergelumang di dalam dunia akademik, secara langsung mahupun tidak langsung 4.5 5

  5. Najihah Najihah says:

    Seperti kata A Samad Said, Perlu ramai intelektual bukan intelekjual Buku ini disaran baca kepada mereka yang mementingkan prinsip dan kemerdekaan jiwa dalam hidup.Boleh juga dibuat hadiah hari guru pada prof kangkung kahkah

  6. Shariman Arifin Shariman Arifin says:

    Sebuah makalah yang harus ditelaah dan dijadikan suntikan bagi kita untuk terus berijtihad dan berfikiran kritis Penulis mempersembahkan ide nya terhadap masyarakat kontemporer tentang apa yang harus kita pupuk bagi menuju sebuah negara maju dan terus berkembang Didalam makalah ini, penulis iaitu Raja Ahmad Aminullah banyak mempersoalkan dimana hilang nya suara suara para intelektual di negara kita saat mereka sangat diperlukan Ia berhubungkait dengan para para politikus yang mengekang hak be Sebuah makalah yang harus ditelaah dan dijadikan suntikan bagi kita untuk terus berijtihad dan berfikiran kritis Penulis mempersembahkan ide nya terhadap masyarakat kontemporer tentang apa yang harus kita pupuk bagi menuju sebuah negara maju dan terus berkembang Didalam makalah ini, penulis iaitu Raja Ahmad Aminullah banyak mempersoalkan dimana hilang nya suara suara para intelektual di negara kita saat mereka sangat diperlukan Ia berhubungkait dengan para para politikus yang mengekang hak bersuara rakyat dengan kekuasaan mereka lalu menampakkan autoritarian sesebuah kerajaan Intelektualis yang autentik atau rausyanfikr sememangnya tidak berminat memhambakan diri atau mengejar pangkat dalam kancah politik Mereka gemar meng utilasi kan akal untuk berfikir mencari solusi lantas memberi cadangan bagi setiap masalah yang melanda masyarakat Ini kerana mereka tahu jika mereka terhumban dalam kalangan ahli politik, ijtihad mereka untuk mengupas dan melestarikan ide ide mereka terbatas Penulis juga ada menceritakan sejarah di dalam mahupun di luar negara yang mana para intelektualis berubah pola pemikiran mereka setelah memghumbankan diri mereka ke dalam kancah politik Ketika mereka tidak memegang apa apa jawatan, mereka aktif berfikir dan menyumbang ide Setelah punya kuasa, sedikit demi sedikit fasisma kian terlihat Fasis yang baik adalah fasis yang mati Penulis juga ada meng kritis mengenai pendidikan di negara kita Mahasiswa tidak di ajar untuk berfikir melainkan hanya taqlid buta terhadap apa yang dipelajari Tugas dan tanggungjawab mahasiswa sebenar adalah bergaul dgn masyarakat dan berfikiran intelek bagi sesebuah masalah yang berlaku di dalam masyarakat Ini kan tidak, kebanyakkan nya mereka hanya ingin lulus dan mengejar huruf A dalam subjek yang dipelajari Ada apa dengan A jika tidak kritis dengan ilmu yang dipelajari Mahasiswa kini mempunyai sifat hedonisma menebal dalam diri mereka Mengejar wang dan pangkat semata mata tanpa mendalami apa makna menjadi mahasiswa sebenar Akhirnya mereka hanya memenuhi pasaran kapitalis diluar sana Dengan itu, sifat mementingkan diri sendiri secara automatik nya terbentuk Tan Malaka pernah menyebut, Jika mahasiswa mahasiswa diberi pelajaran tetapi tidak bergaul, lebih baik tidak diberi pelajaran langsung

  7. Aziff Aziff says:

    Raja Ahmad Aminullah s Minda Tertawan reminds me of Edward Said s Representations of the Intellectual in which he discusses the role, duties and expectations of the intelligentsia Though E Said s arguments arefluid and augmented, Raja Ahmad Aminullah s take on the issue contextualizes the locality he draws the discourse from.In his criticism, he talks of all levels of the strata From the youth to politicians his friends, acquaintances and enemies He paints a picture of a Malaysia ber Raja Ahmad Aminullah s Minda Tertawan reminds me of Edward Said s Representations of the Intellectual in which he discusses the role, duties and expectations of the intelligentsia Though E Said s arguments arefluid and augmented, Raja Ahmad Aminullah s take on the issue contextualizes the locality he draws the discourse from.In his criticism, he talks of all levels of the strata From the youth to politicians his friends, acquaintances and enemies He paints a picture of a Malaysia bereft of critical thought as a result from the authoritative era of Mahathirism An effect that has silenced many, and something he calls the silence of intellectuals.Does Minda Tertawan have a call to action Raja Ahmad Aminullah s urge to society is that it stops taking a passive role and keeps those in power check and that the intelligentsia ups their ante in playing asalient role in society BFM s interview with Raja Ahmad Aminullah would be a great complimentary to Minda Tertawan, if only to skim over what influenced him to write the book

  8. Zenfira Zenfira says:

    Mengakhiri pembacaan dua hari buku Minda Tertawan di tengah petang yang panas dengan ingatan sajak ini Dapatkah kau menghayatikekayaan rohani intelektualdi tengah tengah kemiskinanberbanding negara yang kaya materi dan bendanyanamun miskin pemikiran dan rohaninyahanya tubuh berpakaian kain kilat dari korea,dubai dan paris Sajak Libros Ghandi, Raja Ahmad Aminullah, Disember 1996 Terima kasih buat Sekolah Massa yang membuat resensi tentang buku ini, kerana telah membuatkan saya teringat semu Mengakhiri pembacaan dua hari buku Minda Tertawan di tengah petang yang panas dengan ingatan sajak ini Dapatkah kau menghayatikekayaan rohani intelektualdi tengah tengah kemiskinanberbanding negara yang kaya materi dan bendanyanamun miskin pemikiran dan rohaninyahanya tubuh berpakaian kain kilat dari korea,dubai dan paris Sajak Libros Ghandi, Raja Ahmad Aminullah, Disember 1996 Terima kasih buat Sekolah Massa yang membuat resensi tentang buku ini, kerana telah membuatkan saya teringat semula buku ini lalu dihabiskan pembacaannya

  9. Amirul Mohamed Amirul Mohamed says:

    Buku ini saya tidak sengaja membacanya ketika sedang membelek belek buku lain di Popular Mula mula baca di pertengahan muka surat Wah, sungguh kritis bahasa yang digunakan Saya tertawan untuk baca buku ini Macam menyelongkar sesuatu yang misteri, padahal tiada ada apa pun Isu dibawa dalam buku ini sudah saya ketahui lama Tetapi apabila ada penulis menulis sebegini dengan pendekatan mengambil isi bukannya mengambil peribadi membuatkan minda saya tertawan D

  10. Farid Akram Farid Akram says:

    Intelektual ialah golongan yang menjadi suara diruang awam dalam memimpin masyarakat dan mempertahankan prinsip keadilan.Namun begitu sejauh mana golongan intelektual menjadi sebahagian daripada pembina bangsa dan tamadun karya ini sedikit sebanyak menceritakan tentang peranan sebenar intelektual sudah ditinggalkan akibat culture of fear dan budaya hidup didalam keadaan yang selesa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *