Kompilasi Travelog PDF/EPUB Ê Paperback

Kompilasi Travelog ✻ [EPUB] ✰ Kompilasi Travelog By Badrul Hisham ❅ – Natus-physiotherapy.co.uk Buku kompilasi ini dihasilkan daripada gabungan lapan pengembara yang berbeza Setiap penulis mempunyai latar belakang yang berbeza namun mempunyai minat yang sama MENGEMBARA Dengan gaya penulisan ters Buku kompilasi ini dihasilkan daripada gabungan lapan pengembara yang berbeza Setiap penulis mempunyai latar belakang yang berbeza namun mempunyai minat yang sama MENGEMBARA Dengan gaya penulisan tersendiri setiap artikel yang disumbangkan mempunyai kekuatan jalan cerita dan pengalaman yang berbeza.


10 thoughts on “Kompilasi Travelog

  1. Sooraya Evans Sooraya Evans says:

    Hambar tahap mautPertama sekali ‘7 benua’ pada judul buku memberi gambaran palsu kononnya seluruh pelusuk bumi dijelajah Sedangkan realiti jauh sekali Sebagai pembaca sekali lagi diri rasa tertipu sebaik menyedari peratusan besar kandungan buku ini bahan kitar semula daripada buku buku stand alone setiap pengarang yang pernah saya baca Dari sudut teknikal ternyata tiada suntingan langsung ekoran lambakan kesalahan ejaan perkataan berulang serta ayat tergantung Entah mengapa dalam banyak banyak font atas muka bumi ini Times New Roman juga yang dipilih Aspek yang sebenarnya mudah dimaafkan andai kata aspek teknikal yang lain terjagaLawatan ke China Meor Asyradi the so called ‘Mr Traveller’ secara rombongan semacam tak padan pula dengan konsep backpacking tujuh penulis yang lain Catatan Wazari Wazir aneh Sekejap aku Sekejap saya Reka susun keseluruhan buku ketara malas bila mana gambar ditempek di hujung bab sekadar cukup syarat Tanpa konteks Malah ada yang langsung tak relevan Misalnya foto foto negara lain yang tiada kena mengena pada nukilan Nazri Arshad berkisar HanoiCoretan matang Rafiee Ghani satu satunya yang pada saya berada dalam liga lain dan wajar diasingkan dalam buku tersendiri Yang lain teruk belaka Harungan setiap satu bab cukup menyeksakan bila mana naratif yang disaji seakan laporan lawatan yang ditulis oleh budak sekolahBuku ini menjadi bukti betapa seorang pengembara tegar tak semestinya pandai bercerita Beli tiket itu Beli tiket ini Naik tren Naik kapal Lapar Makan Tidur Perkongsian sekadar ‘scratching the surface’ Inikah kayu aras travelog Melayu


  2. Nur Fatin Atiqah Nur Fatin Atiqah says:

    Review awal Ada cerita yang menerujakan ada cerita yang so so Ada cerita yang sekadar di copy bulat bulat dari naskhah lengkap travelog penulis Rasa tertipu di situ Apapun suatu naskhah yang bagus dalam meraikan scene mengembara yang semakin berkembang di dalam Malaysia Dalam mana kita kekurangan buku buku travelog 7 Benua hadir memberikan alternatif untuk para pengembara novice memulakan pengembaraan mereka Apapun jujur aku katakan dalam perspektif aku sendiri 7 Benua tidak mampu membangkitkan kemahuan untuk mengembara di dalam diri aku Mungkin kena cari buku lain Haa


  3. Sharulnizam Yusof Sharulnizam Yusof says:

    1 Tujuh cerita daripada tujuh penulis2 Ada yang copy paste dari buku yang sedia ada Ini mengecewakan3 Seeloknya upahlah Editor sebelum diterbitkan4 Gambar yang dilonggokkan di akhir cerita bagai tak kena Ada pula gambar yang dikongsi tidak ada ceritanya5 Jalan cerita semuanya hampir sama; hal bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain Tidak ada naik turun emosi semasa membaca barangkali disebabkan ruangan menulis yang terhad


  4. Zulkifli Khair Zulkifli Khair says:

    Covid 19 membuatkan jiwa meronta untuk mengembaraBuku Kompilasi Travelog 7 Benua 2016BUKU ini saya akhiri dengan catatan kembara ke Mongolia dan bagai secara kebetulan selepas menonton filem ‘The Cave of the Yellow Dog’ yang berlatar Mongolia dengan paparan kehidupan nomad serta panorama unik dataran dan gunung ganangKembara ke Mongolia dicatat oleh Ida Yunus yang termasuk dalam kembara solo enam bulan dari Beijing ke Eropah Di sana beliau diuji sakit gigi hingga terpaksa berjumpa doktor gigi dan keluarkan belanja untung tampung kos rawatan gigiSaya pernah bermusafir ke Cameron Highland dan turut diuji sakit gigi hingga terpaksa jumpa doktor gigi Waktu malam sebelumnya sasterawan dan sahabat Kholid Hamzah ‘dipaksa’ untuk berjumpa saya menghulurkan paracetemol demi menahan sakitSelain Ida Yunus catatan kembara dihasilkan oleh Badrul Hisham Meor Farid Asyradi Nazri Arshad Rafiee Ghani Siti Noridah Wazari Wazir juga sahabat dan mentor saya Nordin YahayaCatatan kembara ini bersifat global namun produk buku kurang bersifat global maaf ya Ada beberapa perkara perlu dibaiki Mungkin untuk edisi akan datang mampu menjadi karya agung mengglobal dan mendunia persis catatan kembara Ibn BatutahSaya hargai pengalaman Moji atau nama sebenar Nazri Arshad bila terlepas kereta api di Hanoi Beliau cukup anjal Ubah program tanpa banyak soal Masa tak disia siakan terutama bila mengembara di perantauanBagi saya ini tersirat falsafah terhadap banyak perkara yang kita lalui dalam kehidupan ini Tak semua perkara yang kita ingin terus dapat atau mungkin terus tak dapat Tak perlu keluh kesah dan putus harap tapi kena lah ‘move on’Saya juga gemar bila cuba dikaitkan catatan kembara dengan disiplin ilmu tertentu Nordin Yahya Profesor dalam bidang kejuruteraan awam mengaitkan lanskap pembinaan bangunan di Machu Picchu dengan bidangnya‘Caption’ di sebuah gambar beliau catatkan “Teknologi canggih teknik sambungan antara bongkah bongkah batu yang dipotong dengan penuh kejituan”Rata rata pengalaman kembara masing masing memberikan tanda aras dan idea bagaimana hendak mengembara atau melancong atau bermusafir ke lokasi lokasi yang direkodkan seperti berikut1 Death Valley California Amerika Syarikat2 Machu Picchu Peru3 Gurun Gobi Mongolia4 Fez dan Zagora Maghribi5 Hanoi Vietnam6 Gilgit dan Chitral Pakistan7 St Petersburg Rusia8 Lanzhou ChinaSebahagian besar daripada mereka merupakan pengembara kental sampai ada yang mengembara sampai berbulan bulan secara solo Rafiee Ghani misalnya telah mengembara bersama isteri dan anak kecil sejak tahun 1987Secara jujur PKP telah menyebabkan saya ralit dengan siaran video pengembaraan Amir Arsat Eva Khairul Jamain Rosie Saiful Nang Ahmad BMI Moji dan lain lain – yup Covid 19 membuatkan jiwa meronta mahu mengembaraDalam senarai lokasi di atas baru satu sahaja saya sampai Apa pun ambil kesempatan untuk meneroka di tempat sendiri Masih banyak yang tidak diketahui Lantas harus jawab persoalan mengembara untuk apa


  5. Sha Mohamed Sha Mohamed says:

    Perkongsian mengenai 7 orang pengembara7 tempat yang berbeza 7 pengalaman yang berbezaSeronok membaca kembara orang sebab Sha tak sampai ke tempat tempat macam tu Pengalaman yang menginsafkan dan juga buat kita berfikir


  6. Siqahiqa Siqahiqa says:

    Kisah pengembaraan yang menarik Cuma Aku tak suka apabila gambar diasingkan Patut biarkan cerita bersama gambar Baru senang pembaca nak bayangkan Memandangkan kami tak pernah sampai ke sana


  7. Bookoo Bookko Bookoo Bookko says:

    Buku ni dah dibeli 2 tahun sudahTapi baru dibaca masa cuti raya niTu pun semangat nak baca lepas member sorang ni upload pasal dia dah ada buku ni jugaJadimood tak nak kalah tu menjadi motivasiAda 8 orang penulis dan hanya mempunyai 210 muka surat termasuk gambar gambar penulis sepanjang pengembaraanSetiap penulis mengembara di negara yang berbezaJadipengalaman dan cerita setiap mereka adalah menarik untuk dibacaAda yang ke Amerika merasai pengalaman di Lembah Mati California dan ribut pasirWalaupun hanya 3 minittetapi apabila pasir dan debu debu kecil melanggar mukapenulis merasakan seperti mukanya seperti dibuat sarang oleh ratusan semutTapi secara peribadipengalaman yang aku suka untuk baca dan hanyati adalah dari saudara Nordin Yahaya dan Rafiee GhaniSaudara Nordin mengembara ke Peru untuk menyelami kehebatan Machu Picchu dan kaum IncaAku dan penulis berkongsi rasa pelik tentang bagaimana suatu tamadun yang begitu gah dalam bidang pembinaan pada masa dahulu boleh hancur gara gara penjajahan SepanyolAdakah kaum Inca terlalu memandang rendah pada kekuatan Sepanyol atau ada lagi cerita yang patut digaliMenurut catatan sejarahkaum Inca ramai yang mari disebabkan penyebaran penyakit smallpox yang dibawa oleh SepanyolPengalaman saudara Rafiee Ghani di Morocco bertajuk ‘6 kali Yassin’Digelar begitu kerana setelah dibacakan surah Yassin sebanyak 6 kalibarulah saudara Rafiee menemui jalan keluar dari kesesatanKisah penulis di kedai permaidanibudaya penjual permaidani dan masyarakat di sekitarnya dan juga kenangan di bandar Sefrou yang dahulunya pernah dipenuhi dengan penghuni berbangsa Yahudi membuatkan Maghribi menjadi salah satu ‘wishlist’ untuk aku pula mengembaraBagi sayakalau anda baru nak mulakan bacaan tentang travelogbuku ni mungkin akan jadi bahan bacaan yang ringanTapi bagi yang telah membaca buku yang lebih berattebal dan berilmuanda tidak boleh mengharapkan yang lebih


  8. Husna Musa Husna Musa says:

    Buku ini mengumpulkan tulisan pendek otai backpackers yang menceritakan sebahagian daripada pengalaman mereka mengembara di pelbagai ceruk dunia Sebenarnya sebaik saja buku ini dibeli aku terus baca kisah ET tentang perjalanannya dari Gilgit ke Chitral Pakistan Memang sudah terjebak sungguh aku dengan travelog ET ini Namun tulisan ET kali ini agak pendek kerana ini adalah buku kompilasi jadi aku sedikit kecewa Sikit sajalah Aku paling suka tulisan Tuan Nordin Yahaya Tuan Wazari Wazir Gambar gambar yang disertakan di dalam buku ini memang sangat cantik dan memukau Terima kasih atas perkongsian


  9. M Syahrul M Syahrul says:

    Simple interesting and informative Many photos make the book attractive Yes i admit that i bought this book because attracted to the photos the places that i wish to visit like Machu Phicu Morocco Salar de Uyuni Mongolia etc The book makes me wonder what travel is and also life of wanderlust Travel opens our horizon and perspective in life Meeting new people and friends bridging us to new culture and way of thinking Experience teach us life Even our life is also part of travel


  10. Mardhiah Mardhiah says:

    The that you read the things you will know The that you learn the places you will go


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *