Paperback ´ Travelog Faghuzi MOBI Ê


Travelog Faghuzi ✈ [PDF / Epub] ✅ Travelog Faghuzi By Ahmad Fauzan Azam ✸ – Natus-physiotherapy.co.uk Ahmad Fauzan AzamKawan Tajrin FaruiPelajar cemerlangMudaBelum berjayaTravellerEntah ke mana don't know Ahmad Fauzan AzamKawan Tajrin FaruiPelajar cemerlangMudaBelum berjayaTravellerEntah ke mana don't know.


10 thoughts on “Travelog Faghuzi

  1. Najibah Bakar Najibah Bakar says:

    Saya sedang membaca The Routledge Companion to Travel Writing pada mulanya Salah satu aspek yang diteliti oleh Thompson mengenai penulisan kembara adalah kesahihan pengalaman yang dirakam pengembaraApabila membaca ulasan ulasan buku kembara terjumpa di sebuah blog ada yang mempertanyakan mengenai kesahihan sesetengah momen kembara dalam Travelog Faghuzi ini membawa saya kepada membacanyaPenilaian buku apapun bagi saya boleh dilihat dari dua sudut Maknaisihikmah yang hendak dibawa dan nilai estetikanya Dari segi estetika buku ini tidak berada dalam kategori yang luar biasa Cara pengungkapannya sederhana dan bersahaja Dari segi maknaisihikmah mungkin kalau saya yang remaja membaca buku ini akan ada rasa kagum yang sedikit melulu tetapi pengalaman membaca sastera kembara yang lebih tinggi nilai intelektualnya membuat buku ini berasa agak hambar belum cukup mendalam perenungannya Sebagai seorang ibu gusar memikirkan betapa terbukanya anak muda sekarang dalam meringan ringankan apa yang diberatkan oleh agama seolah olah semua itu hanya sekadar angin lalu Sekadar teguran dan peringatan untuk diri sendiri dan pembaca lain yang dikasihi dalam hal perlakuan dosa tidak timbul isu bersikap jujur dalam hal membuka keaiban diri setelah melakukan dosa dosa besar kerana semua itu adalah perkara yang dilarang oleh agama kita untuk membukanya kepada orang lain Kalau dosa itu antara kita dan Allah tutuplah sambil bertaubat kepada Nya Semoga dosa itu diampuni seluruhnya oleh Allah Khuatir dalam melaung laungkan dosa yang telah kita lakukan sehingga mencatatnya dalam tulisan kita sebenarnya menjadi orang yang berbangga bangga dengan dosa Sedangkan sebarang apa salah yang dicatatkan malaikat dalam buku amalan yang masih belum dibentang di depan mana2 manusia kita berharap semua itu akan dipadam oleh Allah di hadapanNya nanti kenapa sekarang kita harus menyebarkannya dengan tangan kita sendiriApapun saya berharap agar apa saja yang tidak halal di sisi agama dan dirakam dalam travelog ini hanyalah secebis fiksyen yang diselitkan Ini kerana pengarang sendiri memberi satu watak lain kepada pengembara dalam buku ini iaitu Faghuzi Mudah2an tidak merujuk dirinya sendiri Kalau benar tanggapan saya tentang berbaurnya fiksyen dan fakta dalam travelog ini jadi benar sekali aspek yang dibincangkan Carl Thompson dalam bukunya The Routledge Companion to Travel Writing mengenai sejauh mana kebenaran dibawakan oleh para pengembara dalam buku masing masing


  2. Sooraya Evans Sooraya Evans says:

    Rekaan kulit buku pada saya 'stylo' Cukup memanggilIni buku kedua terbitan Rabak Lit yang saya capai sesudah buku Anwar Hadi Berdasarkan apa yang pernah saya dengar kadar rejeksi manuskrip yang dihantar ke Rabak Lit agak tinggi Melainkan penulis seorang selebriti atau teman rapat penerbit Maka saya beranggapan buku buku yang berjaya diterbitkan hebat hebat belaka Namun sangkaan saya meleset sekali usai membaca Travelog FaghuziSama ada cerita ini kisah benar atau fiksyen semata mata sukar dipastikan Terlalu banyak elemen tak logik dan seakan ditokok tambah Jadi saya akan memberi komen dengan anggapan bahawa Travelog ini fiksyen Andai kata ia kisah benar the same argument appliesBuku ini kisah Faghuzi penulis seorang penganggur atas pilihan sendiri yang seakan tiada hala tuju dalam hidup Tiba tiba diajak oleh seorang rakan untuk sama sama menggembara ke Indonesia selama sebulan Di Indonesia tak banyak benda menarik yang berlaku selain merokok sembang merapu layan ganja dan minum arak Ya watak Faghuzi seorang muslim yang gemar arak Kalau dihimpunkan coretan merokok minum dan layan ganja sahaja tak mustahil sudah cover separuh buku Secara peribadi watak Haeri rakan backpackers yang mencadangkan pengembaraan ini lebih menarik Seorang yang berprinsip Bercakap soal logik pusing pusing watak yang sama ditembungi semula sepanjang jelajah Indonesia dari satu hujung ke hujung Kemunculan mengejut Pak Made gelandangan dari Jakarta misalnya Siap sempat buat kutipan derma kilat untuk membantu Faghuzi dan Haeri Really Itu belum masuk pertembungan semula dengan Natalie secara rambang di pantai sunyi Siap boleh romen lagi Fantasi gersang Faghuzi barangkali Dari segi penulisan gaya bahasa tidak konsisten Naratif yang formal boleh beralih secara tiba tiba ke pasar dalam perenggan yang sama Tidak mengapa boleh dimaafkan Dialog inggeris usah cakap memang ke laut Termasuk juga dialog watak watak orang putih Aspek ini mencacatkan feel sebab mat saleh digambarkan semacam tak reti cakap bahasa sendiri Ikut pada halaman hakcipta buku konon ada penyunting Nampak gaya dia tak buat kerja Malah ada bab yang tersalah susun membawa kepada kekeliruan pembaca Hampeh Ambil masa juga nak sedar tentang ini Lagi satu perlukah diperincikan perihal buka peti ais segala item yang ada di dalam dan apa yang akhirnya diambil Tak menyumbang apa apa pun selain ketebalan buku Patutlah tebaluote yang disertakan di awal setiap bab kebanyakannya tak relevan Barangkali disertakan agar tampak lebih intelektual EntahlahOverall mengecewakan ‘Travelog’ ini kosong Tiada substanceNo Rabak Lit books for me


  3. Syafiq Faliq Syafiq Faliq says:

    Ini adalah buku yang tak pura pura untuk please kamu Tulisan yang jujur dengan pengalaman sebenar penulis sebulan di Indonesia Ini bukan cerita untuk pelancong Tapi dia dapat capture momen penting semasa penulis berada di sana It's a good book dimana dia build up dari awal kemudia klimaks di tengah dengan pelbagai cerita yang dilalui penulisMembaca buku ni akan buat kau rasa nak selak lagi dan lagi untuk pengembaraan seterusnya sampai ke muka terakhir Even so kau mengharapkan helaian seterusnya masih wujud lagi untuk kau hadam cerita dari penulis niA great stuff to start your santai evening hujung minggu dalam mall di rumah atau di mana saja Dahagakan pengembaraan Go and drink this travelogue Recommended


  4. Mohd Asyraf Abdul Nasir Mohd Asyraf Abdul Nasir says:

    3 hari untuk buku yang boleh dikira agak tebal dari segi fizikalnya boleh disimpulkan penulisan buku ini agak senang di baca dengan gaya penulisan yang agak santai Tulisannya mengingatkan aku kepada buku tulisan Azaruddin Paiman yang juga dalam genre travelog tapi bezanya Din Paiman lebih lucu dan Faghuzi lebih biasa tidaklah kelakar tapi tulisannya mudah dihadamAku tak mahu ulas tentang apa yang penulis buat ketika disana kerana ianya sebahagian dari travelog beliau samada 100% benar atau diadun dengan sedikit fiksyen terpulang Aku hanya enjoy sambil membayangkan bandar bandar Indonesia yang dilawati serta masyarakat tempatan makanan dan pelancong eropah yang dicerita oleh penulisBuku yang senang dibaca dan dihabiskan walaupun aku ni jenis susah nak habiskan sesuatu naskah mungkin aku memang berminat dengan genre travelog Jika diteliti boleh dikatakan tulisannya agak biasa dan tiada apa yang mengujakan tapi ia tetap bahan bacaan yang baik 35 bintang mungkin


  5. Kast Kast says:

    buku ini terlalu tebal dan sarat dengan disripsi yang patutnya tidak perlu ditunjulkan setiap masa iaitu tentang rokokterkadang ak terfakap sendiri memirikan hendak menghisap disaat membaca agak memeret dan kurang penghayatan dan kritikal review yang boleh mengisi minda pembaca kisahnya juga agak jujur dan klishe yang hanya dikongsi dengan teman rapat hmmmmwhat happened in xx stay in xx


  6. Kay Jay Kay Jay says:

    Dari segi maklumat memang banyak yang boleh di manfaatkan bagi yang berminat mengembara di Indonesia Namapon travelog jadi banyaknya berkisar cerita peribadi penulis Ada bab yang mungkin tersalah susunannya jadi bila baca macam confuse sekejap Ada bab yang sensor sikit Budak budak tak boleh baca huhu Overall so so lah


  7. aimi aimi says:

    Perjalanan penulis ke Indonesia dari Jakarta Bandung Yogyakarta Bromo Bali LombokPermulaan cerita yang sangat perlahan Saya hampir hampir menoktahkan pembacaan buku ini kerana menyangka ini adalah diari seorang perokok Terdapat banyak perkara yang tidak perlu dimasukkan di dalam buku seperti merokok dan kucing naik atas meja Bagi saya editor buku perlu lebih teliti agar pembaca tidak bosan membaca perbuatan yang berulangPerjalanan penulis mula menarik apabila beliau berada di Bromo Mendaki Gunung Bromo bertemu pengembara yang lain bergaduh dengan teman orang tempatan membantu membayar duit homestay di Lombok itu semua adalah satu peristiwa menarik dan benar yang akan dilalui para pengembaraSatu pengembaraan yang menarik sebulan di Indonesia yang menarik Buku dibeli dari Nurul Syahida Hasan Enterprise buku terpakai


  8. Nasrul Hadzir Nasrul Hadzir says:

    Sebuah travelog yang ditulis dan diolah dengan baik Setiap padangan dihuraikan dengan ringkas dan padatRasanya perkataan merokok dan rokok adalah perkataan kerap digunakan Agaknya berapa karton rokok dihisap sepanjang pengembaaran ni Haha


  9. Erlena Erlena says:

    Best Terasa nak balik berliburan di Indonesia 💟


  10. Fikri Kacak Fikri Kacak says:

    Aku simpan cita cita nak beli buku ni sejak dapat peluang borak borak dengan Uchan masa JBWRF 2015 lagi tapi masa tu aku tak berapa berkenan dengan cover dia Dan aku tunggu Rabak Lit tukar cover baru seperti sekarang Hahahaha Itu cerita lainBila aku baca catatan Faghuzi aku teringat Pengembaraan Tanah Kusir Jepun Din Paiman Tahap dia merapu yang jenis aku suka Merapu pasal self esteem pasal jati diri pasal makwe 'bule' Natalie pasal gaduh dengan Haeri aku excited bila baca part ni pasal dapat 'peta Lombok' dekat muka Aku suka everything little description tentang lokasi yang dia pergi benda yang dia makan aktiviti yang dia lakukan kenderaan yang dia naiki strangers yang dia jumpa harga yang dia bayar hostel yang dia tidur rokok yang dia hisap duit yang dia short Aku suka macam mana dia start every chapter dengan uote yang bestLepas habis baca aku rasa macam nak ajak Uchan teman aku pi travel ke Jogja Jadi private tourist guide HahahaGood job Uchan


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *