Shqiptar di Champs Elysees eBook ´ Shqiptar di ePUB

Shqiptar di Champs Elysees [Download] ➻ Shqiptar di Champs Elysees By Maszlee Malik – Natus-physiotherapy.co.uk Novel yang menggabungkan lima tempat berbeza beza watak watak yang hidup dengan latar belakang tersendiri konflik yang timbul lewat evolusi pemikiran watak yang selaras dengan perubahan carafikir kese Novel yang menggabungkan lima tempat berbeza beza watak watak yang hidup dengan latar belakang tersendiri konflik yang timbul lewat evolusi pemikiran watak yang selaras dengan perubahan Shqiptar di ePUB í carafikir kesemuanya digembargemburkan dengan santai dan bersifat perjalananSesiapa yang mencari sudut pemikiran yang kompak watak watak itu berhasil meluncurkannya Sesiapa yang mencari kekuatan di sebalik getir ujian kehidupan watak watak itu juga sempat menyelitkannyaSeorang lelaki yang keliru dan buntu Seorang perempuan yang senantiasa dibalut sukar waktu Bertemu di kota yang sering membuatkan orang jatuh cinta Apakah pengakhirannya.


10 thoughts on “Shqiptar di Champs Elysees

  1. nazhsahaja nazhsahaja says:

    momentum perjalanan buku ini bagus sepertinya Dr Maszlee secara halus menggunakan Rafi untuk bercerita tentang Anela si Shiptar dia tidak menggunakan terus Anela sebagai pencerita primer dalam buku ini walhal dia boleh mungkin mahu meletakkan sentuhan dan pandangan lelaki melayu islam seperti Rafi apatah lagi bila diberitahu Rafi merupakan seorang yang berpandangan luas beragama tidak konservatif dan jumud serta tinggi ilmunyasaya suka bagaimana Dr Maszlee dengan sengaja menimbulkan ketidaksempurnaan Rafi yang mana pada mulanya saya tidak selesa kamon watak utama harus tunjuk contoh yang baik bukan? dan pada akhirnya khilaf Rafi itu ditutup dengan teguran yang sangat baik menunjukkan manusia walau tinggi ilmunya luas pandangannya banyak pengalamannya masih tidak lepas dengan ujian apatah lagi ujian keimanan dan dalam hal menundukkan nafsudan kerana buku ini juga saya banyak buat carian di internet tentang shiptar tentang budaya arab tentang Universiti al Al Bayt tentang buku buku lagu lagu dan banyak lagi buku ini juga sejenis buku yang merangsang ilmu untuk dicari dengan rela hati jadi buku ini buku yang bagus jika ditolak dari segi persembahan buku yang banyak typoterima kasih Dr Maszlee yang sanggup masuk dalam dunia penceritaan sebegini memberi peluang kepada golongan tepu tak boleh masuk buku fakta seperti saya untuk dapat ilmu yang jarang jarang didedahkan berbentuk fiksyen


  2. Nur Aimuni Nur Aimuni says:

    Tiada chapterbab Tiada plot tiada klimaks penceritaan berkisar perkongsian watak utama Anela yang tentang dirinya sebagai wanita Albania dan ujian hidupnya menapak ke jalan jalan menuju Tuhan


  3. Siti Syakirah Siti Syakirah says:

    Sebuah novel yang harus dibaca bagi mereka yang mahu pemikiran mereka dijentik dengan sedikit falsafah tapi dengan cara yang lebih ringan Bahasa yang mudah difahami jalan cerita yang lancar serta kritikan halus tentang keadaan semasa terutama berkaitan jemaah dan gerakan islam semuanya dalam keadaan yang sederhana dan tidak melampau Shiptar bermaksud perempuan yang berbangsa Albania Dalam novel ini watak Anela sebagai Shiptar digambarkan sebagai seorang wanita yang telah melalui perjalanan spiritual yang sangat mencabar sepanjang hidupnya Daripada seorang yang kuat minum arak berubah kepada wanita yang memakai purdah kemudian kesusahan ketika Anela ditinggalkan oleh suaminya Kita boleh lihat bagaimana kekuatan watak ini terletak pada ciri ciri teguh pendirian dan keberanian yang ada dalam dirinya yang seterusnya kesusahan yang dialaminya menjadi penawar kepada orang lain Rafi yang diwujudkan sebagai watak utama dalam novel ini membawa gambaran sebagai tipikal Melayu Muslim yang dahulunya aktif dalam gerakan dakwah di kampus Namun pengalaman demi pengalaman pergaulan serta pembacaan yang luas telah menyebabkan dirinya mula meninggalkan jemaah yang diceburinya dahulu kala atas alasan tertentu Dalam hal ini pengarang sebenarnya ingin kita berfikir semula tentang ke relevenan dakwah yang dibawa oleh jemaah di kampus serta mengajak pembaca untuk cuba melihat pembawaan dakwah dari sudut yang lebih dinamik dan bukan semakin mundur ke belakang Pertemuan semula Rafi dengan Anela digambarkan sebagai 'Maktub' oleh pengarang yang bermaksud telah ditulis ditadirkan dan bukan sesuatu yang kebetulan Di akhir akhir penceritaan pengarang berjaya menutup cerita dengan peleraian konflik Rafi sendiri yang angau dengan Anela tetapi pada masa yang sama isterinya sedang sarat mengandung Rafi yang mengibaratkan dirinya seperti Santiago dalam The Alchemist menganggap dirinya seperti pengembara yang mencari permata diluar diuji dengan cinta yang tiba tiba datang daripada Anela sehingga merasakan Anela lah 'soulmate' nya yang terpisah akhirnya menyedari bukanlah permata di luar itu yang dicarinya tetapi isterinya sendiri lah yang merupakan cinta sejatinya Secara peribadi watak Anela sebenarnya sangat berkesan bagi yang membaca buku ini Benarlah kata orang manusia yang paling banyak terluka itu selalu memberi nasihat yang paling berguna Dan ingin sekali catatan ringkas ini ditutup dengan kata kata daripada watak Anela sendiri Aku mungkin tidak menghargai kisah hidupku yang banyak pahitnya dari manis Tapi aku yakin di sebalik kepahitan itu mungkin ada kemanisan bagi orang lain


  4. Iman Danial Hakim Iman Danial Hakim says:

    Usaha seorang sarjana sebelum beliau naik jadi menteri untuk menulis karya fiksyen Ia wajar dipuji cuma ada beberapa perkara seperti typo gaya penceritaan yang meleret perbualan watak yang berjela etc amat mengganggu keseronokan membaca


  5. Syahida Akik Syahida Akik says:

    Sangat bagus untuk mereka yang mahu keluar dari arus mainstream Antara buku terbaik saya pernah baca dan membuat saya termenung panjang setelah habis menekuninya


  6. Maisarah Mohd Maisarah Mohd says:

    Pada pandanganku fokus utama novel ini ialah 'struggle' seorang wanita shiptar atau wanita Albania Untuk jalan ceritanya biasa2 saja Tapi untuk pembaca sepertiku yang tak ada pengetahuan langsung tentang shiptar novel ini amat berbaloi untuk dibaca Ada kalanya aku terkeliru antara orang Bosnia dan Albania Haha Struggle wanita shiptar untuk kembali kepada kehidupan beragama bukanlah mudah Perkara yang paling mengagumkanku budaya orang Albania yang apabila berjanji takkan dimungkiri hatta nyawa diceraikan daripada badan janji mesti ditepati Itulah budaya BESAAda juga penulis mengkritik jemaah islam yang jumud sampaikan isu jodoh pon mesti ditentukan dalam kalangan jemaah sendiri Emm boleh dikatakan selain persoalan 'struggle' wanita Albania isu jodoh amat menarik dikupas dan dikritik dalam novel iniNovel yang berat sikit tapi masih boleh dibaca secara santaiCuma mungkin kerana novel ini agak tebal byk kesilapan ejaan yg terlepas pandang Ada kesilapan ejaan yang sampai mengubah makna sehingga aku perlu mengulang baca ayat yang sama dua tiga kali harap publisher take note


  7. Sabrina Wazir Sabrina Wazir says:

    Buku ini membuatkan saya ingin mengenali sejarah dan bangsa Albania dengan lebih dekatBanyak elemen falsafah dan fakta2 sejarah yang kita tidak bosan membacanyaDr Maszlee bijak menjentik minda dan membuatkan novel yang berunsur sejarah tidak membosankanThank you Dr Maszlee sebuah novel yang berinformatif


  8. Ku Nurasyiqin Ku Nurasyiqin says:

    Buku kedua tulisan Dr Maszlee Malik selepas Pemburu Kesepian di Bumi Geordy It is understood that what I'm reading is his thoughts opinions and criticism towards lots of things Adakalanya sedikit meleret terutamanya penceritaan Anela Penceritaan yang unik walau ada waktunya saya agak marah pada watak Rafi


  9. Nur Nur says:

    buku yang menarik walaupun amat membosankan pada awalnya hampir sahaja aku memasukkannya dalam list buku tak habis bacabuku ini membuatkan hatiku panas terutama pada kritikannya pada jemaah pas aku rasa tidak mampu lagi untuk memandangnya sebagai kritikan tetapi seolah olah dendam dan tidak puas hati penulis kepada Pas kerana ianya terlalu banyak diulanng tulis dalam naskhah ini tidak lagi menjadikan ia sebuah kritikanaku tahu dan penulis pun mengakui bahawa jemaah yang dikritiknya itu berlatarkan masa 90 an tetapi beliau tetap kritis pada relevannya pas pada masa kini aku menempuh pengalaman berbeza bersama pas perkembangan intelektualisme didalam pas tidak lah terhalang juga keterbukaan jemaah pas juga aku tidak melihat permusuhan pas dengan bukan islam dan juga sikap kemalayuan pas seperti digambarkan aku akui mmg ketidak bolehan berfikir secara mandiri berlaku namun ianya lebih kepada masalah bangsa melayu itu sendiri aku memandang pas tidak sedar akan masalah bangsa melayu yang satu ini namun dalam latihan latihan kepada kadirnya kebolehan berfikir adalah sesuatu yang dilatih makanya bantuan dari penulis juga gerakan seperti jejak tarbiyah adalah crucial sebagai pelengkapitu adalah pandangan semula aku terhadap pengalaman berbeza yang aku laluidisini aku juga ingin mengakui kebaikan yang aku peroleh dalam novel inialbania sebagai latar adalah sesuatu yang menarik membawa aku kepada pengenalan kepada sebuah lagi negara didunia ini malah aku terpaksa mengecilkan bukaan mata aku mencari albania dipeta dunia yang tergantung didinding rumahkunaratif penceritaan yang mendatar melalui anela pahit maung kehidupan anela tidak lah begitu menarik perhatianku tetapi penulis telah menyampaikan dengan baik satu pujian yang harus aku berikan kepada penulis ialah konflik diantara sufism dan salafisme cerita yang bersahaja ini lebih terkesan kepada pembaca ianya membolehkan pembaca membuat penilaian diantara dua jalan tersebut disebalik watak anela yang digambarkan sebagai intelek tergambar kelemahan anela melalui jalan sufisme sesuatu yg realistik dan hiduppenguasaan pelbagai bahasa oleh anela juga merupakan satu paradigma yang baru bagiku walaupun aku kini sangat bertegas dengan bahasa melayu yang wajar kita pertahankan sebagai bahasa ilmu di alam melayu ini watak anela menunjukkan nilai tambah dalam penguasaan bahasa asing dan aku tahu dalam subjek pedagogi bahasa ini memerlukan aku membuat pembacaan lanjut pada karya yang berkaitankrisis rumah tangga yang dibawakan oleh penulis juga adalah menarik tetapi barangkali ia bukanlah antara objektif utama penulis menjadikan beliau kurang kritikal dalam hal tersebut dan hanya membicarakan soal perasaan lewat karya popular yang digunakanaku tidak bersetuju penulis menggunakan nama sendiri dalam penulisannya kerana ianya menampakkan penulis seperti masuk bakul angkat sendiri haha namun aku menghormatinya sebagai hak dalam berkaryaoh ya di dalam tulisan ini terlalu banyak typosekianhabis dibaca pada 20022017


  10. Muhammad Fitri Muhammad Fitri says:

    Sebuah novel yang berkisar dua watak utamaSeorang lelaki Malaysia bernama Rafi dan seorang wanita Albania bernama AnelaMereka bertemu semula berkongsi kisah berliku kehidupan mereka dari zaman belajar sehingga menempuh alam pekerjaanDipertemuan itumereka mengimbau memoriberkongsi pengalaman dan ilmuterselit juga beberapa falsafah hidupTanpa didugapertemuan itu membibitkan cinta antara keduanyaNovel iniberlatar tempatkan 5 negara berbezaDrMaszlee menyelitkan sedikit pengalamannya berada Jordan di dalam karya fiksyen iniMungkin beberapa kritikan sinis tentang budaya warga Malaysia di JordanSeperti politik mahasiswa tak sihat terutama di negara negara timur tengahAntara menarik perhatian sayabeliau memperkenalkan beberapa indentiti dan jati diri seorang AlbaniaBeliau mengeluar segala pengetahuannya tentang albania melalui watak AnelaContoh dari segi sosio masyarakat dan cara beragama orang AlbaniaBeliau juga menyajikan pertembungan cara berfikir melalui beberapa watakApa yang cuba disampaikan ialah menggalakkan manusia untuk menggunakan akaljangan taklid buta pada suatu pegangan atau cara fikirPaling besar adalah meraikan kepelbagaianSerasa saya banyak dialog yang berunsurkan Agree to disagreePengalaman menerusi watak Anela merupakan sebuah rakaman realiti manusia menempuh dan mencari jalan spiritual yang jalannya penuh onak dan duriDia melalui beberapa Fasa dalam menemukan cinta abadiTerkadang panasterkadang hujanPada suatu ketikanya dia tersungkurSebagai pembaca lelaki saya juga diujiDari sudut mana melihat dan tertarik pada AnelaDi suatu fasa saya memujanyadi suatu fasa yang lain saya menghukumnyaMelalui watak rafi juga mempersembahkan hati lelaki yang terlalu mudah jatuh di tangan seorang wanitaDan lelaki juga cuba untuk merasionalkan perkaraPada peleraian novel telah menyentap jiwa seorang lelaki yang terlalu egois


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *